sklutong.zoom-a.com

SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG

Jalan Dato, 98000 Miri, Sarawak.

Tel : 085-655033, Faks : 085655968

Emel : sk_lutong@ymail.com dan sklutong@zoom-a.com


| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | PROFIL SEKOLAH | VISI & MISI | STAF PENTADBIRAN | STAF SOKONGAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LAGU SEKOLAH | KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | PIBG | GAMBAR GURU | AKTIVITI 2013 | BUKU PELAWAT | WEBSITE ONLINE | BERITA TERKINI | KEPUTUSAN UPSR | BULETIN SEKOLAH | SUKAN TAHUNAN |

SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR 





Selamat Sejahtera dan Salam Perpaduan

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan  mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.
Sekian. Terima kasih


(SAUFIE BIN HAJI SA'AIT)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lutong




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: