sklutong.zoom-a.com |
||||
|
||||
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | PROFIL SEKOLAH | VISI & MISI | STAF PENTADBIRAN | STAF SOKONGAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LAGU SEKOLAH | KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | PIBG | GAMBAR GURU | AKTIVITI 2013 | BUKU PELAWAT | WEBSITE ONLINE | BERITA TERKINI | KEPUTUSAN UPSR | BULETIN SEKOLAH | SUKAN TAHUNAN | |
BULETIN SEKOLAH KELUARAN OKTOBER/NOVEMBER 2013
Pelancaran Bulan Membaca 2013 SK Lutong Membaca Jambatan Ilmu. Itulah pepatah yang sering disebut bagi menggambarkan betapa pentingnya membaca sebagai jambatan ilmu. Dengan membaca, kita akan mendapat banyak ilmu pengetahuan. Minat membaca harus disemai sejak kecil lagi. Sejajar dengan itu, SK Lutong tidak ketinggalan untuk mengadakan bulan membaca tahun 2013. Bulan Oktober adalah bulan membaca bagi sekolah ini. Pelancaran Bulan Membaca 2013 SK Lutong telah dijalankan pada 30 September 2013 yang lalu dengan gaya dan keunikan tersendiri. Sebagai salah satu aktiviti galakan membaca dalam Program NILAM sekolah, pelancaran dibuat dengan melakukan ‘Pembacaan Serentak’ semua warga SK Lutong selama 2013 saat (bersamaan 33.55 minit).Pada hari tersebut juga, kempen menderma buku juga dijalankan bagi menambah bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah. Segelintir murid dan warga sekolah telah menderma buku dan bahan bacaan mereka bagi menyokong kempen ini. Objektif Bulan Membaca 2013 SK Lutong adalah: i. Memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan membaca. ii. Menanam minat membaca terutamanya bahan ilmiah di kalangan pelajar. iii. Meningkatkan fungsi PSS sebagai sumber ilmu. iv. Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat. PROGRAM PASCA-UPSR SK LUTONG 2013 Ceramah Motivasi dari Kaunselor SMK Lutong
Program Pasca UPSR SK Lutong merupakan salah satu program penting selepas UPSR bagi mengisi masa subjek teras dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat murid untuk terus datang ke sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sempena program Pasca UPSR ini. Penglibatan murid-murid tahun 6 adalah menggalakkan dengan kerjasama dari guru-guru tahun 6. Antara aktiviti dalam Program Pasca UPSR ini adalah Ceramah Motivasi, Aktiviti Berkebun, Pertandingan SK Lutong Idol, Pertandingan Drama/Lakonan antara kelas, Pertandingan Lagu Karaoke Bahasa Iban. Berkebun, menggalakkan minat murid dalam bidang pertanianSalah satu aktiviti yang telah dijalankan sempena Program Pasca UPSR SK Lutong 2013 ialah aktiviti berkebun. Mungkin inilah pengalaman baru bagi sesetengah murid, namun dengan pengalaman baru ini sedikit-sebanyak dapat menyemai minat bagi mereka dalam bidang pertanian sejak kecil lagi. Memegang cangkul dan mencangkul tanah untuk menyediakan batas kebun sayur adalah salah satu aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti ini. Semua murid dari kelas-kelas Tahun 6 adalah diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti perkebunan ini kerana ia merupakan salah satu aktiviti dalam Program Pasca UPSR tahun ini. Bersama Cikgu Henry Madai selaku guru yang diamanahkan untuk membimbing dan mengajar mereka berkebun, murid-murid telah diajar bagaimana menggunakan peralatan seperti cangkul dengan betul untuk membina batas-batas kebun sayur dan seterusnya menanam benih sayur-sayuran kegemaran mereka. Keseronokan jelas terbayang di wajah para murid apabila mereka berkerjasama mengerjakan apa yang diarahkan oleh guru mereka. Selepas beberapa hari biji benih sayuran mereka ditanam, benih sayuran mereka mula bercambah dan tumbuh. Para murid begitu seronok dan gembira kerana mereka tahu hasil usaha mereka selama ini mula berhasil. Dengan pengalaman ini, sudah pasti memberi ilmu dan pengetahuan kepada mereka seterusnya minat yang mendalam apabila mereka dewasa nanti.
Pertandingan Drama & Lakonan Antara Kelas |